Friday, 7 August 2015

Throwback : Buat sampul duit raya sendiri

Assalammualaikum uolls,

         Duit raya dan sampul raya memang dah sinonim dengan hari raya kan..Macam macam paten ada kat pasaran.Dari zaman kanak2 kak eila sehingga zaman dah ada anak anak ni pun, tradisi bagi duit raya pada kanak2 di hari raya masih diteruskan..

        Tapi apa yang korang buat dengan sampul duit raya yang anak anak korang dapat tu ye ?. Ada ke yang masih simpan lagi yang tahun lepas2 punya.
Hahaha...kalau cek2 balik memang ada pun sampul raya tahun lepas, duit je ambil, sampulnya pula kumpul2 dan kononnya nak buang tapi siap bungkus , lepas tu letak je dalam stor..bukannya apa kadang sayang pula nak buang yang masih elok dan cantik kan.Padahal tak guna pun kan.hihihi

      Baru baru ni, selepas syawal hampir 2 minggu berlalu ...tiba2 anak anak kak eila ....fauwaz dan amna terjumpa dalam almari sampul hadiah bercorak yang belum digunakan lagi,..diam tak diam mereka berdua buat projek sendiri dengan buat sampul raya... ( hahaha..bila 2 otak berhubung).
Tahu2 dah siap comel dah....

Kreatif ke...mmmmm
Tak de la pandai sangat pun.mereka berdua just ambil bekas sampul duit raya
yang dia orang dapat masa raya tu je, kemudian dibuka satu persatu yang bergam tu.lepas tu terus lukis je ikut bentuk sampul tu...taraaaa!!! Belum lagi...gam dulu .....huhuhu dah pun siap..



Siap siap terus tunjuk ummi., ummi puji cantik..terus ummi cakap "tahun depan tak yah beli la..buat sendiri je la kan"hihihi.

Satu aktiviti yang menarik juga kan untuk anak2 , walaupun mereka just copy and paste je..
Ok selamat mencuba.



Share with love,
Kak eila
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment