Tuesday, 27 October 2015

Program ilmu bantu surirumah sertainya tanpa perlu keluar rumah..

Assalammualaikum, salam uolls pembaca blog ni,

    Harapan kak eila , semoga semua pembaca blog kak eila diberi kesihatan yang baik dan hidayah yang melimpah ruah hendaknya.Alhamdulillah, dapat meneruskan perkongsian di blog ini walaupun blog dah berjerebu juga dibuatnya .Tak tahu lah tahap apa jerebu ni ya?...hihihi

   Kali ini, kak eila nak kongsikan sedikit info yang boleh digunakan untuk sahabat sahabat di luar sana untuk sama sama sertai Program Ilmu tanpa perlu keluar rumah.Bagaimana caranya?.
Kalau kita perhatikan, setiap rumah tidak kira orang kaya, atau sederhana tahap hidupnya, pasti terdapat paling kurang sebiji televisyen di rumah.Betul tak?

   Oleh itu cara untuk sertai program ilmu tanpa perlu keluar rumah hanya perlukan televisyen sahaja.Walaupun ada yang mengatakan rancangan televisyen banyak yang negatifnya, tetapi sebenarnya masih terdapat positifnya juga yang anda boleh memilihnya.Banyak stesen2 tv yang menyediakan rancangan berbentuk ceramah agama yang anda boleh sama sama sertainya sambil2 melayan anak2.

Disini ada beberapa program ilmu dari beberapa pilihan stesen tv yang kak eila dapat senaraikan,
Jom kita tengok:

Tv1
   > Hadis 40
   > Forum Perdana Ehwal Islam





Tv3
> Bismillah
> Srikandi Syurgawi


Tv9
> Muqaddimmah
> Tanyalah Ustaz
> Raudhah Lin Nisa




Tv alhijrah 
> Cinta ilmu fiqh syariah
> 30 minit Ustaz Don
> Jalan orang mukmin
> Dikir zikir
> Taman Syurga Bersama Habib Ali.

    Mungkin ada yang kak eila terlepas pandang dengan rancangan2 stesen tv lain , so anda boleh lah share di ruang komen ye untuk manfaat kita bersama...dan juga masa siaran yang anda sendiri boleh catat di dairi atau kalender ketika siaran iklan yang memaparkan tarikh dan masa,

So,lepas ni.tiada lagi alasan yang surirumah tiada masa untuk ke majlis2 ilmu di luar sana....sambil nyusu anak pun masih boleh sertainya,Hanya duduk dirumah sahaja dapat juga sedikit ilmu yang dikongsikan oleh ustaz2 dan ustazah2 yang hebat2 belaka., insyaAllah.... yang penting ilmu yang kita dapat itu dapat diamalkan dan niat untuk mendapat keredhaan Allah...

Alhamdulillah
Sharing with love


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment